
KURSUS MEMBINA LAMAN WEB KALI KE-2
Memulakan Perniagaan adalah satu cabaran merangka konsep pemasaran yang senang dan berkesan dalam ekonomi baru!
TAHUKAH ANDA? Salah satu dari 4 Penyelesaian adalah Membina Laman Web.
Tahukah anda?
Mempunyai Laman Web (website) adalah satu keperluan dalam mempromosikan produk mahupun perkhidmatan ke seluruh dunia, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu tanpa henti. Tidak kira melibatkan syarikat besar, IKS mahupun bekerja dari rumah.
Laman Web membantu anda bercakap tentang produk yang anda jual. Jika anda dapat panggilan bertanyakan tentang produk, anda tidak perlu terang secara panjang lebar, hanya beritahu alamat laman web anda. MUDAH BUKAN? Tugas anda hanya mengwar-war atau mempromosikan laman web.
Pelanggan hari ini semakin bijak, sebelum membeli mereka akan mencari maklumat di Internet. Sudah menjadi TREND masakini, carian Google atau "pakcik GUGEL" semakin sinonim kepada bakal-bakal pembeli.
Laman web bukan sahaja dibina untuk keperluan perniagaan malah telah banyak pertubuhan, organisasi, sekolah dan kementerian-kementerian mempunyai laman web sendiri. Ini memudahkan semua info mengenai mereka disampaikan dengan pantas.



















